PENGENALAN
Psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai
satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti
terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif mereka yang terbabit secara
langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut. Menurut pakar
psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang ini membabitkan bidang sukan dan
pergerakan. Antaranya Cox (1998) menjelaskan bahawa psikologi sukan merupakan
satu bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi diaplikasi dalam bidang sukan.
Bagi Weinberg dan Gould (1999), m.s. 3 Modul Pengenalan kepada psikologi sukan
pula merumuskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik
tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan.
Takrifan ini membuka skop yang lebih luas dalam bidang psikologi sukan dengan
mengambil kira segala bentuk perubahan yang berlaku kepada atlit, jurulatih,
pegawai serta penonton digelanggang atau padang permainan serta melibatkan
mereka yang menyaksikan atau mengikuti perkembangan aktiviti tersebut dari
jauh.
Kajian dalam psikologi sukan juga membolehkan kita :
- Menyatakan
sesuatu tingkah laku
- Menerangkan
tingkah laku tersebut
- Membuat
andaian tentang tingkah laku tersebut.
Keadaan seseorang atlit diterangkan melalui
pendekatan psikologi bagi mendapatkan kaedah yang sesuai untuk menangani
masalah atlit. Ringkasnya, seseorang ahli psikologi sukan bukan sahaja berminat
untuk mengetahui apa yang berlaku digelanggang serta kesan langsung terhadap atlit
serta pegawai yang terbabit malahan kepada mereka terlibat secara tidak
langsung di luar gelanggang permainan.
KEBIMBANGAN (ANXIETY)
Menurut Wann (1997), kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan
boleh mempengaruhi pencapaian atlit dalam sukan. Ia merujuk kepada tafsiran
kognitif yang dibuat oleh individu terhadap apa yang terdapat di
persekitarannya. Jika tafsiran tesebut menjurus kepada sesuatu yang
mendatangkan kesan negatif, maka ia menghasilkan kebimbangan.
Apabila memperkatakan kebimbangan di kalangan atlit maka perlu
dijelaskan mengenai kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. Berdasarkan
kepada Silva dan Stevens (2002) kebimbangan tret adalah merujuk kepada
personaliti seseorang individu di mana ia bersifat stabil dan mereka sering
mentafsirkan situasi persekitaran dengan perasaan risau atau bimbang yang boleh
meningkatkan tahap kebangkitan (arousal). Ini menunjukkan kebanyakan
masyarakat mempunyai tahap kebimbangan tret yang sederhana dan sedikit sahaja
yang tinggi atau rendah tahap kebimbangan tret. Manakala kebimbangan seketika
merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu
terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitaran pada waktu itu
(Shaharudin 2001).
JENIS-JENIS KEBIMBANGAN
1. Kebimbangan
Seketika (State Anxiety)
Kebimbangan
seketika adalah tahap kebimbangan semasa yang terhasil atau berlaku dari
persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada
waktu itu seperti perasaan khuatir/bimbang, takut, tekanan dan kebangkitan
fisiologikal.
2. Kebimbangan
Tret (Trait Anxiety)
Kebimbangan
tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu yang sering mentafsir
situasi di persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat diri dan situasi
ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.
3. Kebimbangan
Kognitif ( Cognitive Anxiety)
Kebimbangan
kognitif merupakan proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat
dari tafsiran terhadap situasi semasa.Sebagai contoh ketakutan terhadap
penilaian sosial, takut terhadap kegagalan dan kehilangan harga diri (self esteem).
4. Kebimbangan
Somatik (Somatic Anxiety)
Kebimbangan
somatik pula merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu yang
terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dalam diri individu
tersebut. Sebagai contoh peningkatan kadar degupan jantung, pernafasan dan
ketegangan otot-otot. Ini akan mengakibatkan individu hilang, rasa marah-marah,
kurang yakin serta mendatangkan kesan kepada prestasi individu.
PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN
Selain mempersembahkan cabaran dan rangsangan, pada masa yang sama
sukan juga membangkitkan ketidaktentuan. Pada saat seorang pemanah melepaskan
anak panah daripada busurnya, seorang pemain bola sepak sedang menyepak bola
pada kedudukan penalty dan seorang pemain badminton ingin melakukan pukulan
deras (smash) pada kedudukan mata
akhir, hasil daripada perlakuan tersebut belum diketahui. Tekanan dalam sukan
adalah menjadi perkaitan yang tidak dielakkan berlakunya sifat ketidakpastian.
Tekan dan ketidakpastian boleh memotivasikan sebahagian atlit kita,
sebaliknya akan meningkatkan kebimbangan pada yang lain. Terdapat beberapa
beberapa faktor yang jelas meningkatkan tahap kebimbangan. Sebagai contoh,
semakin penting sesuatu pertandingan, semakin tinggi tekan dan seseorang akan
mudah menjadi bimbang.
Seorang individu yang berdarah gemuruh
secara semula jadi mempunyai ciri-ciri mudah tertekan serta mempunyai tahap
kebimbangan yang tinggi. Justeru itu, segala tindak balas atau respons yang
diambil terhadap situasi di persekitaran akan meningkatkan lagi kadar
kebimbangan kerana tindakan mereka kini telah dipengaruhi oleh kebimbangan
berasaskan situasi.
Menurut Endler
(1978, 1983), terdapat lima faktor mengakibatkan tahap kebimbangan meningkat
dalam suatu situasi yang teruja.
1. Seseorang atlit akan menjadi takut
menerima kekalahan daripada lawan yang lemah yang boleh mengugat ego atlit
tersebut.
2. Bimbang tentang penilaian yang negatif diterima
daripada sosial atau ribuan penonton yang mengancam harga diri seseorang.
3. Bimbang akan ancaman fizikal daripada
pihak lawan. Contoh permain bola lisut, dimana seseorang pemukul akan berasa
bimbang terkena balingan yang deras daripada pitcher yang boleh mencederakannya.
4. Seseorang atlit berada dalam situasi
kesamaran atau serba salah untuk memulakan perlawanan, persediaan atlit sama
ada hendak mula atau tidak kekadang boleh menimbulkan tekanan dan kebimbangan.
5. Seseorang atlit terganggu konsentrasi
apabila diarah untuk menukar cara yang telah diamalkan dalam latihan kepada
cara yang tidak pernah dilakukan dalam latihan semasa pertandingan.
MENGUKUR KEBIMBANGAN
Menurut Richard H. Cox (1998, 2007.6th
ed) Anshell (1997) dan Wann (1997), cara yang paling popular untuk mengukur
kebimbangan dengan menggunakan borang soal selidik. Cara ini mudah ditadbirkan
kerana responden cuma perlu menjawab soalan yang berkaitan dalam inventori yang
disediakan. Cara ini memungkinkan penyelidik mendapatkan bilangan responden
yang ramai dalam kajiannya serta amat praktikal dari sudut psikologi sukan
gunaan.
Di samping itu terdapat juga cara lain yang
lebih berkesan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap kebimbangan seseorang
individu. Antara cara yang boleh digunakan adalah dengan pemerhatian terhadap
perubahan tingkah laku serta perubahan fisiologikal individu. Pemerhatian yang
teliti terhadap perubahan tingkah laku seperti perubahan corak pernafasan,
tangan berpeluh, sering kali membasahkan bibir yang kering serta tanda-tanda
keresahan yang lain boleh dikaitkan dengan perlakuan yang berkaitan dengan
peningkatan tahap kebimbangan. Kaedah ini telah digunakan oleh Lowe (1973)
dalam kajiannya ke atas pemukul dalam sukan besbol peringkat rendah.
Perubahan dari segi fisiologikal juga boleh
diukur serta dikaitkan sebagai tanda-tanda kebimbangan. Peningkatan kadar nadi,
perubahan tekanan darah serta tekanan pada otot merupakan tanda-tanda
fisiologikal yang dikaitkan dengan kebimbangan. Kemampuan untuk mengukur
kebimbangan dari sudut fisiologikal buat masa ini agak terhad kerana kesukaran
menggunakan alatan untuk tujuan ini. Bagaimanapun dengan perkembangan pesat
dalam dunia sains, penggunaan alat telemetri secara lebih meluas dalam masa
yang terdekat ini akan memungkinkan kita menggunakan kaedah ini untuk mengukur
kebimbangan.
Landers (1980) mengutarakan pandangan agar
pengukuran dari sudut psikologikal dan fisiologikal digunakan untuk mengukur
kebimbangan. Bagaimanapun menurut Karteroliotis dan Gill (1987) perkaitan
antara aspek psikologikal dan fisiologikal dalam mengukur kebimbangan seketika
adalah rendah. Justeru itu, ia bukanlah satu cara yang sesuai untuk mengukur
kebimbangan seketika. Kemungkinan besar, pengu-kuran serentak aspek
psikologikal dan fisiologikal untuk mengukur kebimbangan seketika akan
memberikan maklumat yang bercanggah.
Gagasan Endler (1978) tentang lima faktor
atau dimensi yang berkait rapat dengan kebimbangan menjelaskan tentang sifat
multidimensi kebimbangan itu sendiri. Justeru itu, kebimbangan perlu dilihat
dari dimensi yang pelbagai dan bukannya secara unidimensi. Kajian yang telah
dilakukan oleh Fisher dan Zwart (1982) serta Gould, Horn dan Spreeman (1983)
menyokong sifat multidimensi kebimbangan.
Mengukur Sifat
Multidimensi Kebimbangan
Penerimaan konsep multidimensi kebimbangan
telah melahirkan beberapa inventori (soal selidik) yang cuba untuk melihat dan
mengukur kebimbangan dari sudut ini. Antara yang terkenal adalah Competitive State Anxiety Inventory-2
(CSAI-2) yang dihasilkan oleh Martens, Vealey dan Burton
(1990). CSAI-2 mengukur kebimbangan kognitif seketika (cognitive state anxiety) dan kebimbangan somatik seketika (somatic state anxiety).
Dalam konteks sukan, kebimbangan sebenarnya
wujud sebelum sesuatu pertandingan itu bermula. la dikenali sebagai kebimbangan
pra pertandingan (Cox, 1998). CSAI-2 membantu kita menilai tahap ke-bimbangan atlit
pada tahap prapertandingan ini. Hasilnya, kini kita memahami bahawa terdapat
perubahan dari segi tahap kebimbangan para pemain sebelum serta beberapa ketika
semasa sesuatu pertandingan bermula.
Berdasarkan kajian, kebimbangan kognitif
prapertandingan lazimnya bermula tinggi dan berterusan tinggi sehingga beberapa
minit sebelum pertandingan bermula. Kebimbangan somatik pula bermula rendah
sehingga kira-kira 24 jam sebelum sesuatu pertandingan bermula (lihat Rajah 1).
Pada tahap ini, kebimbangan somatik akan terus meningkat sehingga hampir pada
waktu pertandingan. Bagaimanapun, selepas beberapa minit perlawanan
berlangsung, kebimbangan somatik akan menurun manakala kebimbangan kognitif
akan sentiasa turun naik, bergantung kepada kedudukan semasa sepanjang tempoh
permainan.
Perbezaan Kesan
Kebimbangan Somatik dan Kebimbangan Kognitif ke atas Prestasi
Bagi memudahkan kefahaman tentang perkaitan
di antara kebimbangan seketika kompetitif dan kaitannya dengan prestasi, kita
perlu melihat serta mengukur dimensi kebimbangan seketika individu. Contohnya,
perkaitan di antara kebimbangan kognitif seketika dan prestasi sukan adalah
dalam bentuk linear (Burton, 1988; Gould, Petlichkoff, Simons dan Vevera,
1987), manakala perkaitan di antara kebimbangan somatik seketika dan prestasi
pula dalam bentuk U-Terbalik (Cox, 1998).
Semakin meningkat kebimbangan kognitif seketika
maka semakin menurun prestasi atlit terbabit. Sebaliknya semakin meningkat
tahap kebimbangan somatik seketika, semakin meningkat prestasi individu sehingga
ke satu tahap yang optimum. Peningkatan tahap kebimbangan seketika melebihi
tahap optimum ini akan menyebabkan penurunan prestasi atlit terbabit (Cox,
1998). Penggunaan CSAI-2 membantu kita memahami perkaitan di antara multi-
dimensi kebimbangan dan prestasi. Kesannya, kita memahami bahawa kebimbangan
seketika kognitif sebenarnya mendatangkan kesan yang negatif terhadap prestasi
seseorang atlit.
TEORI KEBIMBANGAN
Ciri-ciri perbezaan antara kebangkitan dan
kebimbangan telah dijelaskan dengan sebegitu rupa untuk menerangkan tentang
perbezaan antara kedua-duanya, serta untuk mengelakkan salah tafsiran tentang
apa yang dimaksudkan dengan kebangkitan dan kebimbangan. Bagaimanapun, untuk
menjelaskan tentang teori yang berkaitan dengan kebimbangan, kedua-duanya perlu
dilihat dalam konteks yang sama kerana kebangkitan sering dilihat sebagai
hampir sama dengan kebimbangan seketika (Cox, 1998). Dalam bahagian ini, akan
diutamakan teori-teori yang menjelaskan tentang perkaitan antara kebangkitan
dan kebimbangan dengan prestasi atlit.
1. Teori Dorongan
Teori Dorongan telah diperkenalkan oleh Hull
(1943, 1951) dan Spence (1956). Asalnya, teori ini melihatperkaitan di antara
stimulus dan respons dari aspek motivasi dan pembelajaran. la didasarkan kepada formula
berikut:
Teori Dorongan merupakan teori yang
menjelaskan tentang persaingan di antara respons yang terdapat dalam sesuatu
proses pembelajaran. Dorongan atau keinginan yang kuat yang dikaitkan dengan
kebangkitan akan menghasilkan respons yang dominan. Dalam konteks ini,
perkaitan di antara prestasi dan kebimbangan (kebangkitan) dilihat dalam bentuk
linear.
Teori Dorongan beroperasi berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
(a)
Peningkatan kebangkitan
(dorongan) akan menghasilkan respons yang dominan.
(b)
Respons atau tindak balas yang
dikaitkan dengan keinginan yang kuat merupakan respons yang paling dominan.
(c)
Pada tahap awal pembelajaran
atau untuk kemahiran yang kompleks, respons yang dominan lazimnya kurang tepat
atau salah.
(d)
Di tahap akhir pembelajaran
atau untuk kemahiran yang mudah, respons yang dominan lazimnya tepat atau
betul.
Untuk memahami teori ini, kita boleh
mengaplikasikan prinsip teori berkenaan dalam kehidupan kita. Pertamanya,
peningkatan tahap kebangkitan selalunya membantu atlit yang berkemahiran atau
pakar tetapi mengurangkan keberkesanan atlit atau pemain muda (kurang
berkemahiran). Justeru itu, jurulatih kepada pasukan yang barn atau muda perlu
mengurangkan tekanan (kebangkitan) serta tahap kebimbangan agar atlit mereka
dapat beraksi dengan baik. Tahap kebangkitan yang rendah lazimnya meningkatkan
peluang kejayaan atlit atau pemain baru (muda) ini serta meningkatkan keyakinan
diri mereka.
Bagi atlit yang berpengalaman pula,
peningkatan tahap kebangkitan diperlukan untuk membantu mereka melakarkan
kejayaan dalam setiap aktiviti mereka. Kekurangan tahap kebangkitan dan tekanan
akan menyebabkan mereka mengambil mudah tugasan yang perlu dilaksanakan.
Kesannya, prestasi mereka menjadi kurang baik.
Perkara yang sama juga boleh dikaitkan
dengan proses melakukan kemahiran yang mudah dan kompleks. Contohnya, kemahiran
mudah seperti mengangkat berat atau melakukan tekan tubi memerlukan tahap
kebangkitan yang tinggi untuk memastikan atlit melaksanakannya dengan berkesan.
Sebaliknya, kemahiran yang kompleks serta yang memerlukan ketepatan seperti
menembak, memanah atau ketika melakukan putting dalam permainan golf, atlit
memerlukan tahap kebangkitan yang rendah untuk mendapatkan hasil yang diingini.
Teori ini menarik perhatian ramai pada tahap awal ketika ia mula
diperkenalkan, tetapi beransur menjadi kurang popular serta dikritik oleh ramai
pengkaji. Andaian teori ini yang menjelaskan bahawa prestasi dan kebimbangan
berinteraksi dalam satu garisan yang lurus telah ditolak serta dipertikaikan
kesahihannya. Ramai pengkaji berpendapat prestasi manusia akan meningkat
sejajar dengan peningkatan tahap kebimbangan sehingga ke satu tahap. Apabila
melebihi tahap ini, peningkatan kebimbangan (kebangkitan) yang berterusan akan
menyebabkan prestasi atlit berkenaan jatuh sama seperti gagasan Teori
U-Terbalik. Ini telah mencetuskan beberapa pendekatan atau teori barn yang cuba melihat perkaitan di antara prestasi dan
tahap kebimbangan (kebangkitan).
2. Teori U-Terbalik
Teori ini menjelaskan bahawa perkaitan di antara kebangkitan dan
prestasi boleh dilihat dalam bentuk kurvilinear atau U-Terbalik. Walaupun ia
sering dianggap sebagai satu teori atau hipotesis, beberapa orang penyelidik
seperti Duffy (1957) dan Malmo (1959) menganggap
ia sebagai satu fakta yang menjelaskan tentang perkaitan antara kebangkitan dan
prestasi.
Teori ini diperkenalkan oleh Yerkes dan
Dodson (1908) yang menggunakan tikus untuk melihat perkaitan di antara
kebangkitan dan tahap kesukaran tugasan serta kesannya ke atas prestasi. Dalam
kajian ini, prestasi merujuk kepada bilangan percubaan yang diperlukan oleh
tikus berkenaan untuk memilih petak yang lebih cerah dari dua petak yang
disediakan. Elemen kebangkitan terdiri dari kejutan elektrik pada tahap
intensiti yang rendah, sederhana tinggi dan tinggi manakala tahap kesukaran
diasaskan kepada perbezaan kecerahan petak yang boleh dimanipulasikan kepada
rendah, sederhana dan tinggi.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan
praktis yang diperlukan untuk membezakan petak berkenaan meningkat apabila
tahap kecerahan petak berkenaan semakin rendah (hampir sama). Dapatan ini
menghasilkan Hukum Yerkes dan Dodson yang menjelaskan bahawa perlakuan yang
mudah dipelajari, boleh dibentuk di bawah tekanan yang tinggi, manakala perlakuan
yang sukar mungkin boleh dibentuk di bawah tekanan yang rendah (Cox, 1998).
Berdasarkan Hukum Yerkes dan Dodson tahap
kebangkitan yang tinggi diperlukan untuk mendapatkan prestasi yang baik apabila
melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan otot besar (gross motor skill)
atau menggunakan tenaga yang tinggi, contohnya acara angkat berat. Bagi sukan
yang memerlukan ketepatan atau kemahiran halus seperti menembak, memanah atau
putting bola golf, tahap kebangkitan yang rendah diperlukan untuk mendapatkan hasil
yang terbaik.
Setiap acara sukan mempunyai tahap
kebangkitan optimumnya yang tersendiri untuk menghasilkan pencapaian yang
terbaik. Bagaimanapun, semuanya tertakluk kepada prinsip U-Terbalik, iaitu
prestasi adalah rendah apabila kebangkitan berada pada tahap yang terlalu
rendah atau terlalu tinggi, manakala prestani terbaik hanya boleh dicapai
apabila kebangkitan berada pada tahap sederhana atau optimum.
Satu lagi elemen yang perlu diberikan
perhatian dalam usaha untuk memahami perkaitan antara kebangkitan dan prestasi
adalah tahap kemahiran atau skala individu. Sebagai contoh, seorang novis
(individu yang barn menceburi serta mempelajari satu sukan baru) sedang mempelajari
satu kemahiran atau pergerakan barn sukan pilihannya. Menurut Hukum Yerkes dan Dodson,
tidak kira sama ada kemahiran yang dipelajarinya itu merupakan kemahiran yang
mudah seperti memukul bola golf atau yang sukar seperti kemahiran menggelecek
dalam hoki tahap kebangkitan yang optimum bagi individu novis sepatutnya lebih
rendah dari pemain yang sudah mahir atau pakar dalam sukan berkenaan untuk
mendapatkan hasil yang terbaik. Konsep inilah yang menjelaskan bagaimana pemain
yang berpengalaman atau pakar dalam sesuatu acara beraksi dengan baik dalam
situasi yang kompetitif jika dibandingkan dengan pemain novis (Oxendine, 1970).
Banyak kajian yang dilakukan untuk menilai
perkaitan di antara kebangkitan dan prestasi menyokong Teori U-Terbalik ini.
Klavora (1978), Sonstroem dan Bernardo (1982) dalam kajian mereka terhadap
pemain bola keranjang mendapati prestasi pemain bola keranjang meningkat
apabila tahap kebangkitan berada pada tahap yang optimum, sederhana dan merosot
apabila tahap kebangkitan menjadi terlalu rendah atau meningkat terlalu tinggi.
Gould, Petlichkoff, Simon dan Vevera (1987) dan Burton (1988) juga mendapati
bahawa prestasi terbaik dalam acara menembak pistol dan renang berkait rapat
dengan kebimbangan somatik. Ini selari dengan gagasan Teori U-Terbalik seperti
yang dijelaskan di atas.
Dari sudut pergerakan motor, Beuter dan Duda
(1985) mendapati peningkatan tahap kebangkitan menyebabkan pergerakan
kanak-kanak merosot atau menjadi tidak licin jika dibandingkan ketika tahap
kebangkitan mereka pada tahap yang optimum atau sederhana. Kajian dalam bidang
yang lain seperti menilai pendengaran (Stennet, 1957), masa reaksi (Lansing,
Schwartz dan Lindsley, 1956) dan kestabilan tangan (Martens dan Landers, 1970)
turut menyokong gagasan Teori U-Terbalik ini.
Gagasan Teori U-Terbalik juga berkait rapat
dengan Teori Penggunaan Kin Easterbrook seperti yang dijelaskan dalam Bab 3.
Menurut Teori Penggunaan Kin Easterbrook, kemampuan menilai kin yang terdapat
di persekitaran berkait rapat dengan tahap kebangkitan individu. Masalah
gangguan atau hilang tumpuan serta pengurangan prestasi akan dapat diatasi
sekiranya tahap kebangkitan berada pada tahap yang optimum. Bagaimanapun
sekiranya tahap kebangkitan menjadi terlalu rendah, kesemua kin yang terdapat
di persekitaran sama ada yang relevan atau yang tidak relevan akan diproses
oleh individu terbabit. Kesannya prestasi tidak meningkat. Prestasi juga akan
merosot sekiranya tahap kebangkitan semakin meningkat. Ini akan menyebabkan
kemampuan menilai kin secara objektif dan teratur tidak berlaku dan kesannya
prestasi merosot secara mendadak. Justeru itu, tahap kebangkitan perlu diawasi
bagi mendapatkan prestasi yang optimum.
3. Teori Zon Berfungsi yang Optimum Hanin (ZBO)
Teori ini hampir sama pendekatannya dengan Teori U-Terbalik. Bagaimanapun,
perbezaan yang ketara bertumpu kepada premis Teori U-Terbalik yang menyatakan
bahawa tahap kebimbangan yang sederhana berkait rapat dengan prestasi terbaik atlit.
Teori Zon Berfungsi yang Optimum (ZBO) diperkenalkan oleh psikologis sukan
Rusia, Yuri Hanin mengandaikan bahawa tahap optimum kebimbangan berasaskan
situasi bagi seseorang atlit adalah berbeza dengan atlit yang lain. Menurut
Hanin (1989), tahap optimum kebimbangan berasaskan situasi seseorang atlit ada
yang bermula pada tahap yang paling rendah sehinggalah yang paling tinggi.
Hanin (1989) juga menjelaskan bahawa setiap atlit
mempunyai ZBOnya yang tersendiri. ZBO atlit yang optimum akan menghasilkan
prestasi yang terbaik manakala prestasi yang buruk lazimnya berlaku apabila
tahap kebimbangan berasaskan situasi berada di bawah atau melepasi tahap ZBO.
Justeru itu, perbezaan utama di antara ZBO dan Teori U-Terbalik adalah titik
optimum yang menghasilkan prestasi terbaik atlit. Menurut Hanin (1989), titik
berkenaan mungkin berada pada kontinum kebangkitan dan mungkin juga tidak. la
wujud dalam satu zon dan bukannya satu titik yang pasti seperti yang diutarakan
oleh Teori U-Terbalik. Beberapa kajian terkini menyokong gagasan ZBO (Hanin,
1989; Hanin dan Syrja, 1995).
3. Teori Pembalikan
Teori ini menjelaskan bahawa untuk memahami
perkaitan di antara prestasi dan kebimbangan, interpretasi individu atau atlit
yang terbabit perlu diambil kira untuk mendapat gambaran mereka tentang situasi
tersebut. Tahap kebangkitan yang tinggi atau rendah boleh dilihat sebagai
sesuatu yang positif mahupun negatif bergantung kepada situasi yang dihadapi.
Dalam keadaan "mengelakkan kebimbangan" atlit biasanya ingin berada
pada tahap kebangkitan yang rendah (persediaan pra-pertandingan) sementara
dalam keadaan "mencari tahap kebangkitan" atlit lazimnya mencari
keseronokan atau sesuatu yang merangsangkan. Dengan kata lain, atlit boleh
membalikkan interpretasi mereka terhadap kebangkitan (menjelaskan nama teori
ini). Tahap kebangkitan yang tinggi atau rendah boleh ditafsirkan sebagai
positif pada satu ketika dan negatif pada ketika yang lain. Prestasi yang baik
berlaku apabila tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara tahap
kebangkitan yang diingini oleh atlit dan tahap kebangkitan yang sebenarnya.
Model Bencana Fazey dan
Hardy
Gagasan yang diutarakan oleh Fazey dan Hardy
(1988) mencabar gagasan Teori U-Terbalik yang mengandaikan bahawa:
(i)
Peningkatan tahap kebangkitan
yang sedikit akan meningkatkan atau menurunkan sedikit prestasi atlit.
(ii)
Tahap kebangkitan yang
sederhana menghasilkan prestasi yang optimum (Cox, 1998).
Teori
atau Model Bencana mengandaikan bahawa peningkatan tahap kebangkitan yang
sedikit sebenarnya memberikan kesan yang cukup besar kepada atlit yang sedang
beraksi. Tekanan pertandingan serta peningkatan tahap kebangkitan yang kecil
akan menyebabkan penurunan prestasi yang mendadak. Penurunan yang mendadak ini
boleh disamakan sebagai "bencana" kepada atlit tersebut. Selepas
mengalami penurunan prestasi secara mendadak sebarang perubahan kecil dari segi
kebangkitan tidak mampu mengembalikan semula atlit ke tahap prabencana atau
tahap sebelum penurunan prestasi yang mendadak berlaku (Fazey dan Hardy; 1988).
Keistimewaan Model Bencana ini kerana
sifatnya yang tiga dimensi (lihat Rajah 4.3). Kebangkitan fisiologikal diwakili
oleh garis x, kebimbangan kognitif
oleh garis y dan prestasi oleh garis z. Bagi setiap titik pertemuan (koordinat)
garisan x dan y terdapat titik yang mewakili prestasi di atas bertentangan
dengan koordinat tersebut. Berdasarkan model ini, kebangkitan dianggap sebagai
faktor normal manakala kebimbangan kognitif dianggap sebagai faktor pemisah
(Hardy, 1996).
Kebimbangan kognitif dianggap sebagai faktor
pemisah kerana baik atau buruk, lancar atau tidaknya prestasi seseorang atlit
bergantung kepada kebimbangan kognitif. Jika kebangkitan (kebimbangan) kognitif
atlit adalah rendah, hubungan di antara kebangkitan dan prestasi sama seperti
model U-Terbalik. Bagaimanapun jika kebangkitan fisiologi meningkat biarpun
pada kadar yang sedikit akan mengakibatkan peningkatan kebimbangan kognitif.
Peningkatan ini mengakibatkan prestasi atlit jatuh dengan teruk secara mendadak
(bencana).
Perhatikan bahawa kebimbangan kognitif
sebenarnya menentukan penurunan mendadak prestasi atlit. Tambahan pula,
penurunan tahap kebangkitan fisiologi walaupun sedikit tidak berupaya untuk
meningkatkan kembali tahap prestasi seperti sebelum penurunan.
Jika tahap kebimbangan kognitif masih tinggi
(tidak berubah), penurunan tahap kebangkitan fisiologi yang tinggi diperlukan
untuk mengembalikan prestasi kepada tahap di atas lipatan penurunan prestasi (x1). Perbezaan titik (x1) dan (x2) sebenarnya dilentukan oleh kebimbangan kognitif.
Perubahan pada garis kebangkitan fisiologi yang terputus (lihat rajah) dikenali
sebagai titik histeresis (Cox, 1998).
Satu lagi gagasan tambahan dalam model ini
adalah apabila tahap kebangkitan fisiologi rendah, peningkatan kebimbangan
kognitif akan menyebabkan peningkatan prestasi (ketinggian z adalah ketara di
bahagian hadapan model jika dibandingkan di bahagian belakang). Sebaliknya jika
kebangkitan fisiologi meningkat, penurunan kebimbangan kognitif akan
meningkatkan prestasi atlit (ketinggian z adalah ketara di bahagian belakang
jika dibandingkan di bahagian hadapan model). Gagasan ini telah disokong oleh
beberapa kajian yang telah dilakukan oleh Edward dan Hardy (1996), Hardy dan
Parfitt (1991) dan Hardy Parfitt dan Pates (1994).
2. Berikan panduan seperti yang
telah dicadangkan oleh Weinberg dan Gould (1999) untuk mengawal dan
mengurangkan rasa kebimbangan kepada jurulatih untuk merancang program latihan.
1.
Kita mestilah senyum apabila
berada dalam keadaan tekanan. Dengan senyuman kita akan melarikan diri daripada
situasi memulakan perasaan kebimbangan. Dengan ini, kita dapat melupakan
tentang tekanan dan menikmati alam pertandingan.
2.
Para atlit merupakan orang yang menpunyai tugas yang harus diselesaikan
secara berseronok dan bergembira. Kebanyakan peserta berasa ghairah untuk
mengatasi tekanan. Berseronok semasa bertanding akan membantu para atlit muda
mengelakkan daripada menarik diri untuk bertanding. Cubalah untuk mengamalkan
kemenangan dan fokuskan kepada berseronok dan jangan memikirkan mengenai hasil.
3.
Berlatih dalam keadaan yang
dibuat-buat akan membuat atlit semasa menghadapi situasi sebenar. Kita boleh
mencipta banyak keadaan semasa latihan. Contohnya, dalam latihan bola keranjang
seorang jurulatih boleh menjemput beberapa kenalan untuk melakukan oleh pemain,
mereka bolehlah diejek dan menjerit. Dengan ini atlit sedikit sebanyak dapat
menyediakan diri untuk belajar menghadapi tekanan.
4.
Kebanyakan atlit mengadu bahawa
apabila mereka mengalami perasaan bimbang dan hilang tumpuan, pergerakan mereka
akan menjadi lebih cepat. Untuk mengatasi masalah ini, seorang atlit bolehlah
berlatih dengan mengurangkan pergerakan semasa latihan dan ini harus dilakukan
berterusan.
5.
Memikirkan mengenai apa yang
akan terjadi selalunya menimbulkan dan menambahkan kebimbangan. Dalam
permainan, perasaan sedih akan menambahkan lagi kebimbangan. Jadi fikirkanlah
apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana boleh menguranghkan kebimbangan
semasa bertanding.
6.
Tidak dapat membuat keputusan
boleh menyebabkan timbulnya rasa kebimbangan. Membuat keputusan pula boleh
memberi tekanan dan semasa menghadapi pertandingan para pemain serta jurulatih
perlu membuat keputusan. Jadi, atlit atau jurulatih perlu ada satu perancangan
permainan yang lengkap atau strategi agar proses membuat keputusan akan menjadi
lebiih mudah.
7.
Mendengar muzik boleh menjadi
tenaga tambahan sebelum kaset dengan alat pendengarnnya di telinga sebelum
pertandingan. Berlatih sambil mendengar muzik boleh menghasilkan keghairahan
dan perasaan.
8.
Biasanya pemikiran mempengaruhi
pergerakan badan. Contohnya, memperkatakan atau memikirkan mengenai
perkataan-perkataan mood seperti
kuat, pantas, keras, agresif, gerak dan hebat boleh memberi kesan kepada
pergerakan. Contoh lain seperti “Saya
boleh lakukan.”
well done.. =)thanks for sharing..
ReplyDeletesains sukan sesuatu yang memang perlu di ketengahkan ...terima kasig atas infonya
ReplyDelete