Teknologi dalam sukan pada zaman sekarang amat
penting. Ini kerana teknologi membuatkan sesuatu sukan itu menjadi lebih
menarik, lebih teratur, lebih tepat dan lebih selamat. Teknologi diperlukan
untuk membuatkan sesuatu sukan itu menjadi lebih popular dalam masyarakat dan
menarik minat masyarakat untuk mencuba sukan itu. Terdapat banyak sukan yang
memerlukan sokongan teknologi di dalam sukan tersebut seperti sukan lumba
basikal dan olahraga dimana pemenang ditentukan menggunakan masa dan gambar di
garisan penamat. Ada sesetengah situasi dimana pemenang tidak dapat ditentukan
melalui mata kasar. Di sini, teknologi amat memainkan peranan penting di dalam
meningkatkan mutu sukan – sukan tersebut. Setiap sukan harus disiarkan di
televisyen di mana sukan tersebut dapat diperkenalkan kepada masyakat dan dapat
menarik minat masyarakat untuk mencuba. Sebagai contoh, sukan – sukan yang
tidak begitu popular di Malaysia seperti sukan kriket, ragbi, sofbol, bola
baling dan sebagainya harus disiarkan di kaca televisyen untuk menarik minat
lebih ramai orang untuk bergiat di dalam sukan ini. Pihak korporat boleh menaja
sukan tersebut dan secara tidak lansung pihak tersebut mendapat keuntungan
melalui cara promosi mereka seperti di iklan televisyen, baju ahli sukan
tersebut dan lain – lain lagi. Seperti contoh kita dapat lihat syarikat seperti
Nike, Adidas, Tag Heuer dan Standard Chartered menaja banyak sukan di dunia
tidak hanya bermotif untuk mempopularkan jenama mereka, tetapi mereka jugak
mempopularkan sukan tersebut. Penggunaan internet juga penting dimana
penggunaan iklan, blog dan laman web sesawang dapat membantu meningkatkan minat
terhadap sukan seperti kita tahu pada zaman sekarang ini, kanak – kanak sudah
arif dengan penggunaan internet tidak hanya di rumah akan tetapi dimana sahaja.
Pada aspek jurulatih pula, dengan adanya alat bantuan seperti bowling machine
dalam sukan kriket, sofbol dan besbol dapat membantu jurulatih untuk melatih
pemain pada kadar yang ramai. Ini secara tidak lansung tidak membosankan pemain
untuk menunggu giliran mereka. Seperti yang kita tahu, sukan adalah medium
untuk mengeratkan hubungan dan memupuk perpaduan masyarakat. Kita ambil contoh
sukan tenis, teknologi TV review terbukti telah banyak membantu pemain untuk
melakukan panggilan bola in/out di mana pengadil boleh mengubah keputusan
pengadil jika salah. Selain itu penggunaan teknologi dapat menerapkan sifat
adil dan jujur di dalam sukan. Kita ambil contoh di dalam sukan olimpik, para
pemain akan diambil sampel darah atau sampel urine untuk ujian dadah. Pemain
yang gagal ujian dadah akan dihukum kerana mengambil dadah untuk meningkatkan
prestasi. Ia dapat membuka mata masyarakat bahawa sukan sentiasa adil dan
menarik. Salah satu cara lain untuk menerapkan sukan di hati masyarakat adalah
dengan mengadakan gaya hidup sukan yang terus menerus tidak kira dimana sahaja
walaupun di tempat kerja. Akhir kata, teknologi memainkan peranan yang amat
penting dalam membantu mempromosikan sukan, menarik minat masyarakat terhadap
sukan tersebut, membantu meningkatkan kualiti sukan tersebut dan membuatkan
sesuatu sukan itu menjadi lebih menarik.
No comments:
Post a Comment